Isteri sebak, suami buat tiga kerja untuk belikan laptop terpakai

SEORANG suami berusia 25 tahun terpaksa melakukan tiga kerja untuk mengumpul wang bagi membelikan sebuah laptop terpakai untuk isterinya yang bertugas sebagai guru sekolah tadika.
$ads={2}
Berdasarkan laporan Harian Metro, Shahrul Amri Ibrahim dan isterinya Nurul Akma Abd Rashid, 25 telah mendirikan rumah tangga pada bulan November 2020. Pada 26 febuari 2021, Shahrul membuat kejutan apabila membawa pulang sebuah hadiah untuk isterinya, membuatkan wanita itu tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata.

Suami hadiahkan isteri laptop terpakai

Menurut Shahrul, dia tidak berniat menunjuk-nunjuk kebahagiaan rumah tangganya, namun sekadar mahu memudahkan tugas isteri tercinta.

Tambahnya lagi, oleh kerana isteri merupakan seorang guru, penggunaan laptop sudah menjadi satu keperluan di dalam menyediakan bahan peperiksaan dan soalan-soalan selain perlu mengadakan kelas online untuk murid-muridnya.

"Walaupun dia tidak pernah merungut atau merayu, saya rasa bersalah melihat dia terpaksa bersusah-payah meminjam laptop dari sekolah untuk menyiapkan kerja,"

"Itu yang membuatkan saya berfikir untuk memberikan dia sebuah laptop supaya kerjanya menjadi lebih mudah," katanya.

Menurutnya lagi, dia mula menjalankan rancangan dengan mengumpul duit dari tiga sumber pendapatan sebagai seorang juruteknik biomedik, penghantar makanan, dan juga hasil perniagaan online sejak Disember lalu.

"Saya pergi ke kedai untuk mencari sebuah laptop terpakai, dan sesuai dengan bajet RM900 kerana saya tak mampu beli yang baru,"

"Selepas berpuas hati dengan spesifikasinya dan sesuai untuk tugas isteri, akhirnya saya setuju untuk membeli sebuah laptop terpakai," katanya.

Shahrul telah merancang untuk membuat kejutan dengan meletakkan laptop itu di bawah bantal isterinya. Pada hari itu katanya, dia memberitahu akan mengambil isteri lewat sedikit berbanding biasa, supaya dapat pulang ke rumah terlebih dahulu untuk menyembunyikan laptop tersebut di bawah bantal.

"Ketika sampai di rumah, saya beritahu isteri ada kejutan istimewa di dalam bilik, sebelum dia terjumpa beg laptop di bawah bantal dan menangis ketika melihat apa di dalam beg berkenaan," katanya.

Tambah Shahrul lagi, walaupun hanya mampu membelikan sebuah laptop terpakai, dia bangga kerana dapat membuatkan isteri gembira dengan caranya sendiri.

"Bagi saya, kebahagiaan tidak boleh diukur dengan barangan mahal jika kita faham dan boleh memudahkan beban orang yang kita sayang," 

"Saya harap dengan laptop itu, saya boleh menaikkan semangat isteri untuk berkhidmat kepada negara," katanya.

Di bawah ini rakaman video berkaitan, oh ya sebelum menonton, siap-siap ambil tisu dulu ya. Bukan apa takut hingus meleleh jatuh atas handphone.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan