Friday

Faizal Tahir pula jadikan gambar Jamal bahan lawak di instagram


AKSI 'bangang' Datuk Jamal Yunos, (Jamal Jamban) Ketua Umno Sungai Besar yang bertuala untuk tumpang mandi di Pejabat MB Selangor nampaknya mengundang perli seorang lagi artis terkenal negara.


Kali ini giliran Faizal Tahir pula jadikan gambar Jamal Jamban bertuala sebagai bahan lawak di laman Instagram miliknya. 

Faizal memuat naik gambar sebuah buku berjudul "Bimbingan mandi hadas dan persoalannya," namun gambar lucu Jamal Jamban yang hanya bertuala sambil memegang gayung berwarna merah jadi cover muka depan buku tersebut.


Faizal sempat berseloroh dengan lebih 300 ribu pengikutnya berhubung gambar tersebut.

"Dengar orang kata buku ni bagus. Abg Jamalulair Tadaq kita penulisnya. Siapa dah baca bagilah review sikit," tulisnya yang mengaitkan nama Jamal dan air tak ada sebagai penulis buku tersebut menjadi 'Jamalulair tadaq'.

Sebelum ini penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza turut memerli aksi bodoh Jamal itu, hasilnya di dimaki oleh para penyokong Jamal Jamban yang menjadikan keadaan Siti belum mendapat zuriat sebagai bahan maki hamun mereka.


2 comments

milo suam puaka..

Anon 1410 dah bengkek dgn milo suam, minum teh o laaa weiii.. xpon minum air longkang.


EmoticonEmoticon