Gambar hina raja Melayu rupanya diedit oleh orang Myanmar

SEMALAM (5 Dec 2016) tersebar sekeping gambar biadap memperlihatkan raja-raja Melayu digantungkan bersama selipar dan seluar dalam. Tindakan itu menimbulkan kemarahan di media sosial apabila ketua-ketua agama Islam dihina dengan begitu biadap sekali.


Hasil tinjauan mendapati gambar tersebut telah diedit daripada gambar asal pemimpin Myanmar Aung San Syu Ki, yang diletakkan selipar pada gambarnya sebelum ini.

Ini gambar asal sebelum diubahsuai.


Selepas aku buat tinjauan, aku dapati orang yang mula-mula menyebarkan gambar tersebut adalah seorang lelaki berbangsa Myanmar (berdasarkan tulisan Myanmar yang ditulis dalam status di facebook). 

Kiriman gambar menghina Ketua Agama Islam, iaitu Raja-raja Melayu yang diletakkan selipar dan seluar dalam di akaun facebook milik Zaw Min Htun telah dikirimkan sejak 3 Disember 2016 (Dia yang mula-mula kirim gambar itu sebelum isu ini menjadi kecoh sejak semalam).


Selain itu terdapat watermark dalam tulisan Myanmar/Burmese yang sama dengan gambar yang menjadi viral, selain watermark itu juga dilihat serupa dalam banyak kiriman-kiriman lelaki Myanmar itu sebelum ini. Ini menguatkan lagi bukti bahawa dia inilah yang mengubahsuai dan mula-mula menyebarkan gambar tersebut.

Lelaki Myanmar ini nampaknya boleh berbahasa Melayu, malah mengaku kononnya dia berada di Malaysia.

1 Comments

  1. Ini Bahana nye KERA-jaan 1M'Sia manjakan Makhluk Asing ni.Dah Besar Kepala jadinye.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan