Najib Razak: Enam perubahan ketara hidupnya selepas BN tewas pilihanraya

SELEPAS Pakatan Harapan menang dalam pilihanraya umum yang lalu, akibat "Tsunami Rakyat Malaysia," berlaku perubahan besar dalam struktur pentadbiran Malaysia.

Tentu sekali Najib Razak, bekas perdana menteri merupakan individu yang paling terkesan dengan gelombang perubahan rakyat, kerana perubahan pentadbiran turut mengubah cara hidup bekas presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional itu.

Najib Razak kini bukan lagi seorang Perdana Menteri. Selepas parti yang diketuainya gagal mendapat majoriti di Dewan Rakyat, Perdana Menteri telah digantikan dengan Tun Dr Mahathir. Najib kini hanyalah sebagai ahli parlimen biasa yang mewakili Pekan, Pahang.

Kehidupan sebagai ahli parlimen biasa, tentu sekali jauh berbeza berbanding ketika dia masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri suatu masa dahulu.

Di bawah ini disenaraikan 10 perubahan ketara cara hidup Najib selepas Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya.

1. Tiada lagi polis iringi Najib setiap kali pergi ke mana-mana

Selari dengan keadaannya yang bukan lagi sebagai seorang Perdana Menteri, segala khidmat polis pengiring yang selama ini menjaga Najib dan keluarganya ketika keluar ke mana-mana sudah ditamatkan.

Najib dan Bodyguard

Selain itu tiada lagi peruntukan "outriders" Polis yang selalu mengekori kenderaan Najib ketika masih berkhidmat sebagai PM.

Bagaimanapun, jika Najib masih memerlukan "outriders" untuk mengikuti kenderaannya, dia boleh sahaja mengupah sesiapa untuk mengiringi kenderaannya, dengan biaya dari wang kocekya sendiri, kerana tiada lagi peruntukan kerajaan untuk perkara itu.

2. Najib Razak dah pandai pergi himpunan rakyat

Antara perkataan paling popular dan paling diingati rakyat pernah keluar dari mulut Najib Razak suatu masa dahulu ketika masih merupakan seorang Perdana Menteri ialah:

"Demonstrasi jalanan bukan budaya kita,"

Demonstrasi bukan budaya Malaysia

Tetapi itu dahulu kini, selepas BN tumbang, Najib terpaksa menjilat air ludahnya sendiri, kita lihat semalam (8 Disember 2018) Najib sendiri telah turun berhimpun dalam demonstrasi ICERD, malah Datin Rosmah pun turut sama mengikut Najib dalam himpunan tersebut.

Najib dan Rosmah di Himpunan ICERD

Dalam erti kata lain, ungkapan "demonstrasi bukan budaya kita," yang pernah diucapkan oleh Najib satu masa dahulu, hanyalah sekadar ungkapan bongkak seorang pemimpin ketika berada di puncak kuasa.

Kita percaya sekiranya diadakan lagi himpunan-himpunan lain untuk membantah kerajaan di masa hadapan, Najib Razak dan Rosmah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk turut serta berhimpun. Tak percaya tengoklah nanti.

3. Najib buat sendiri kerja-kerja "cybertrooper," (tentera cyber)

Kalau dahulu, kita tahu bahawa Najib Razak telah mengupah ribuan cybertrooper untuk mempertahankan dirinya dan kerajaan Barisan Nasional daripada kritikan pembangkang.

Sejumlah dana yang besar dibelanjakan untuk menyebarkan propaganda kerajaan dan menangkis kritikan pembangkang.

Salah satu kumpulan cybertrooper yang terkenal mempertahankan Najib ialah kumpulan bot #RespectMyPM yang akan menghujani ruangan komen Facebook suami Rosmah itu dengan perkataan #RespectMyPM bertalu-talu.

BACA JUGA — Cybertrooper #RespectMyPM

Namun hari ini selepas BN tewas, meskipun masih ada cybertrooper yang berkhidmat untuk Najib, Umno dan Barisan Nasional, Najib sendiri terpaksa buat kerja-kerja cybertrooper ini.

Kita lihat begitu rajin Najib mengemas kini sendiri laman sosial Twitter dan Facebook miliknya dengan tulisan-tulisan yang begitu panjang, menunjukkan dia ada masa yang banyak di rumah.

4. Tidak boleh melancong ke luar negara

Jika dahulu Najib Razak boleh pergi ke mana sahaja di dunia ini tempat yang disukainya. Malah Najib selama ini menggunakan harta kerajaan dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan itu.

Sebelum ini Najib boleh gunakan jet peribadi milik kerajaan untuk terbang ke mana sahaja bagaikan jet peribadi itu Tun Razak yang punya.


Private Jet Najib

Namun kini, Najib tidak lagi boleh gunakan jet peribadi itu kerana dia bukan lagi seorang Perdana Menteri.

Malah Najib juga sudah tidak boleh melancong ke luar negara. Ini kerana Najib telah didakwa di mahkamah atas berpuluh-puluh tuduhan rasuah dan penyelewengan wang rakyat, terutama berkaitan 1MDB.

Jadi bagi mengelakkan dia sebagai terduduh melarikan diri, mahkamah telah mengarahkan agar dokumen perjalanan (pasport) miliknya diserahkan kepada mahkamah.

Tanpa dokumen perjalanan ini, Najib tidak akan dibenarkan untuk melepasi pintu sempadan Malaysia untuk ke luar negara secara sah.

5. Najib terpaksa bayar sendiri bil air dan elektrik rumahnya.

Jika dahulu kerajaan Malaysia terpaksa menanggung bil utiliti elektrik dan air rumah Najib Razak di Sri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri.

BACA — Bil elektrik rumah Perdana Menteri RM2.3 juta

Jutaan ringgit duit kerajaan terpaksa dibelanjakan bagi tujuan itu. Namun kini Najib tiada pilihan terpaksa membayar sendiri menggunakan wang poketnya segala mak nenek utiliti rumahnya.

6. Perlu berulang-alik ke mahkamah

Jika dahulu semasa menjawat jawatan Perdana Menteri, setiap hari pada waktu pagi Najib mungkin perlu pergi ke pejabatnya di Putrajaya bagi menjalankan tugas sebagai seorang Perdana Menteri.

Namun kini, oleh kerana berpuluh-puluh tuduhan rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan yang dihadapinya di mahkamah, Najib perlu sering berulang-alik ke mahkamah untuk tempoh masa yang panjang sehingga kes mahkamahnya selesai.

Sama ada Najib akan dipenjara ataupun dibebaskan akhirnya nanti, itulah rutin yang perlu dijalani oleh Najib Razak untuk jangka masa lama, bertahun-tahun lamanya mungkin 7 atau 8 tahun akan datang pun kes mahkamahnya masih belum selesai.

Jika tak datang perbicaraan mahkamah, waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya, wang jaminan berjuta ringgit yang telah dibayar bagi menjamin kebebasan akan "hangus".

Jadi Najib tak ada pilihan terpaksa berulang-alik ke mahkamah setiap kali ada perbicaraan.

Andai kata jika Najib dimasukkan ke dalam penjara nanti pun, mungkin dia masih perlu berulang-alik ke mahkamah jika ada lagi kes-kes pertuduhan terhadapnya yang belum selesai.

Satu pertuduhan sahaja pun boleh memakan masa sehingga 5 ke 8 tahun, apatah lagi berpuluh-puluh kes pertuduhan yang sedang dihadapi oleh Najib, silap hari bulan kes pertuduhan terhadapnya bukan selesai kerana tamat perbicaraan, tapi kerana nyawanya tamat terlebih dahulu.

2 Comments

  1. Definisi "beliau" - kata ganti nama diri ketiga utk orang yg DIHORMATI. Dia tu dihormati?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan