Lagi kesilapan Drama Pujaan Hati Kanda: Gear N pun kereta boleh jalan

PARA peminat Pujaan Hati Kanda yang disiarkan oleh TV3, nampaknya semakin teliti mencari kesilapan demi kesilapan dalam drama kegemaran mereka itu.

Kesilapan Drama Pujaan Hati Kanda

Sebelum ini, media sosial kecoh dengan kehadiran lori yang meluncur beberapa saat di sebalik tingkap pejabat Danny, lakonan Remy Ishak meskipun pejabatnya itu terletak di tingkat 7 bangunan.

BACA — Lori terbang dalam Drama Pujaan Hati Kanda

Terbaru, mereka menemukan satu lagi kesilapan yang agak melucukan apabila ketika Remy Ishak memandu, gear kenderaan yang dipandu menunjukkan "Gear N".

Kesilapan itu ditemui dalam drama Pujaan Hati Kanda episod 11 yang disiarkan kelmarin. Justeru netizen mempersoalkan bagaimana, gear N (Neutral) pun kereta masih boleh jalan?

Perkara itu disedari ketika Remy Ishak yang sedang memandu kereta, meletakkan telefon bimbitnya bersebelahan gear selepas gagal menghubungi Tiara (lakonan Mira Filzah) yang sedang dicabul.

Di bawah ini sedutan drama berkenaan, sila klik untuk menonton video. (Tunggu 10 saat untuk video dipaparkan)

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan