Dakwanya lagi, Herman Damar pernah dibawa ke Malaysia oleh Saiful Nang dalam satu bengkel photography shoot gaya kampung dan katanya kebanyakkan jurugambar di Malaysia merupakan anak didik jurugambar tersebut.

Perkara itu mengundang kecaman orang ramai di media sosial dengan nada memerli dakwaan tersebut.

Lebih melucukan, individu yang disebut dalam dakwaannya iaitu Saiful Nang sendiri menafikan perkara tersebut, malah nama jurugambar Indonesia yang dipetik itu juga telah tersilap.

Jurugambar "Kampung Boy" Dallah Dean juga mengaku tidak mengenali individu bernama Herman Damar, apatah lagi mahu menjadikan karyanya sebagai inspirasi. Katanya beliau tidak pernah berguru dengan sesiapa dari Indonesia.
1 Comments
Tak mengapa kena perli. Beliau dapat banyak pahala free dari mereka.
ReplyDeleteAnda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda