Kenapa MAIK tak mahu bayar elaun guru Takmir bagi bulan Disember?

SEPUCUK surat yang dihantar oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kepada guru-guru takmir negeri Kelantan tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.



Surat itu memaklumkan bahawa guru-guru takmir hanya akan menerima elaun dari bulan Januari hingga November sahaja berdasarkan peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Elaun Guru Takmir Kelantan

Surat yang ditandatangani oleh Haji Zulkifle bin Ab Rahman, timbalan Yang Dipertua MAIK itu tidak menghalang para guru takmir untuk meneruskan kelas pengajian takmir bagi bulan Disember, tetapi tidak boleh menuntut elaun mengajar.

Baca surat penuh - Surat elaun guru takmir MAIK

Bagaimanapun pihak JAKIM tampil menjawab isu berbangkit selepas tularnya surat berkenaan.


Menurut JAKIM, peruntukan elaun guru takmir bagi seluruh negara pada tahun ini adalah mencukupi sehingga Disember 2020.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz bin Jusoh dalam kenyataannya berkata, pihaknya berpandangan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang bertarikh 8 Oktober adalah berdasarkan prosedur kewangan negeri berkenaan.

Elaun Guru Takmir jawapan Jakim

Kalau kita lihat antara dua kenyataan di atas, terdapat percanggahan

Dalam bahasa mudah untuk kita faham, lebih kurang begini, MAIK kata tak boleh bagi elaun untuk bulan Disember sebab JAKIM bagi peruntukan tak cukup.


JAKIM pula jawab, mana ada peruntukkan tak cukup kami sudah bagi cukup untuk semua guru-guru takmir seluruh negara, MAIK sendiri yang tak mahu bagi.

Persoalannya, jika Jakim sudah beri peruntukkan yang cukup sebagai elaun guru-guru takmir, tapi MAIK tak mahu bayar, jadi duit tu semua pergi mana?

Negeri-negeri lain pun dapat peruntukan dari Jakim juga untuk bayar elaun guru-guru takmir, namun mereka tak ada masalah nak bayar elaun, jadi apa sebenarnya masalah negeri Kelantan?

1 Comments

  1. MAIK nak guna duit guru Takmir tu nak buat bayar kenaikan gaji adun lar. Bajet kelate defisit 66juta thn 2021. Mana nak cekau duit? Tapi kira OK apa, sebab sebagai gantinya rakyat kelate dapat jaminan syurga sebab undi puak-puak parti angkut sampah ni.
    Oghe kato "pade mapooh gitu jah belako-lako, baso bodo lebih pado beghuk nga kero"

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan