Pegawai Imigresen korup juga terlibat dengan jenayah pelacuran dan pemerdagangan manusia

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati pegawai imigresen yang sebelum ini ditahan memalsukan cop keluar masuk sempadan negara, turut terlibat dengan jenayah pelacuran dan pemerdagangan manusia lapor chinapress.com.my


Portal berbahasa cina itu memetik sumber SPRM yang tidak menolak kemungkinan mereka terlibat dengan aktiviti tersebut selepas didapati telah mengaut rasuah berjumlah lebih RM14.5 juta.


SPRM telah menahan tiga lagi pegawai imigresen semalam, termasuk timbalan pengarah Gred-48 bagi membantu siasatan berkenaan. Timbalan pengarah itu bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Timbalan Pengarah Imigresen ditahan
Timbalan Pengarah Imigresen yang bertugas di KLIA antara yang ditahan SPRM

Sementara itu, Utusan Malaysia memetik pendapat Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM yang mencadangkan kerajaan untuk mewajibkan pengistiharan harta dalam kalangan penjawat awam terutama agensi penguatkuasaan.


Menurutnya, ia tidak hanya dilaksanakan kepada pegawai di peringkat atasan namun perlu juga melibatkan anggota bawahan.

Menurut Dr Muzaffar Shah Melow, masalah integriti boleh berlaku tanpa mengenal tinggi atau rendah pangkat seseorang dalam satu-satu jabatan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan