Pemimpin Armada berdepan hukuman mati bawah Akta 39(B)

PEMIMPIN Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada Bersatu) diheret ke mahkamah dan berdepan hukuman mati di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Merbahaya 1952 pada hari Jumaat.
$ads={2}
Saiful Azly Kamaruddin Ketua Polis Kuala Lumpur dilaporkan berkata, Adam Asmuni dikenakan satu pertuduhan berkaitan akta itu, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Adam Asmuni

"Dia dikenakan satu pertuduhan di bawah Seksyen 39B di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 29 Januari," katanya dipetik oleh portal Malaysiakini.

Saiful bagaimanapun dilapor tidak memperincikan tuduhan berkenaan.

Adam didakwa di mahkamah selepas pihak polis menangkapnya bersama bahan terlarang pada 20 Januari lalu.

Pihak polis telah menyerbu rumahnya di Ampang sebelum merampas 1.5kg daun ganja kering, sembilan pokok ganja dan sejumlah besar cecair dipercayai mengandungi bahan narkotik.

Lyiana Roslee, 34 yang juga merupakan isteri Adam, bersama seorang lagi warga asing turut ditangkap di rumah tersebut. 


Media sebelum ini melaporkan Lyiana dituduh di mahkamah atas tuduhan mengedar dan menghasilkan dadah di Mahkamah Majistret Ampang semalam, sementara seorang lagi individu belum dikenakan pendakwaan.

Adam merupakan calon pilihan raya umum ke-14 mewakili PPBM untuk sebuah kerusi parlimen di Perak. Dia juga pernah menjawat timbalan pengerusi Biro Kebajikan Pemuda Bersatu (Armada).

Hasil semakan atas talian menunjukkan Adam telah dihadapkan di hadapan Majistret Wong Chai Sia, pada jam 12 tengah hari 29 Januari lalu.

Kes itu akan disebut semula di hadapan hakim yang sama pada 19 April depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan