Sejarah bulan pernah hilang selama 10 tahun pada tahun 1110

BANYAK kejadian-kejadian pernah berlaku dalam sejarah manusia boleh kita rujuk sebagai "peristiwa ganjil" yang tidak dapat dihuraikan. Contohnya pada tahun 1110, berdasarkan rekod sejarah menunjukkan bahawa bulan tiba-tiba hilang tidak kelihatan di langit.

Para sejarawan dan penyelidik di seluruh dunia ketika itu berkomunikasi antara satu sama lain bagi mengetahui jika bulan boleh dilihat dari mana-mana tempat di bumi. Ketika mereka menjalankan kajian bermula pada tahun 1110, bulan tidak kelihatan sehinggalah 10 tahun kemudian.

Ketika pertengahan zaman mediavel, dunia dipenuhi dengan orang ramai begitu percaya dengan ilmu sihir atau kuasa gelap, kerana ia cara paling senang untuk memberikan penjelasan terhadap peristiwa ganjil yang berlaku. Oleh kerana kajian saintifik tidak begitu meluas pada zaman itu, kehilangan bulan tiada penjelasan sampailah ke hari ini.

bulan hilang
FOTO | Bulan hilang selama 10 tahun pada tahun 1110

Pada masa itu, bagi golongan tidak percaya dengan sihir atau perkara tahyul, mereka berpandangan bahawa letusan Gunung Berapi Hekla telah membawa bencana tertentu sehingga menyebabkan hilangnya bulan ketika itu.

Namun secara logiknya, tidak mungkin letusan gunung berapi itu mempunyai kuasa begitu besar sehingga mampu menghilangkan bulan. Jika pun ada, ia mungkin sekadar menghasilkan debu tebal di langit meliputi ruang angkasa menjadikan suasana gelap.

Kisah lagenda itu terbukti salah

Sejarawan dahulu percaya bahawa letusan Gunung Berapi Hekla pada tahun 1104, mungkin punca hilangnya bulan, namun para saintis hari ini telah membuktikan bahawa teori itu tidak benar.

Kajian dijalankan oleh Sebastian Guillet, seorang ahli paleoklimatologi dari University of Geneva Switzerland, menyatakan bahawa Letusan Gunung Berapi Hekla tidak mampu menghasilkan debu untuk menghilangkan bulan selama 16 tahun. 

Lagipun Gunung Berapi Hekla meletus pada tahun 1104 dan bulan muncul kembali pada tahun 1120, jika benar peristiwa itulah puncanya, kenapa satelit bumi itu tidak hilang pada tahun 1104?

Teori Prof Sebastien berdasarkan daripada sebuah lagi letusan iaitu Gunung Asama di Jepun yang meletus dalam tahun 1108 dan mempunyai potensi menghasilkan debu-debu untuk menutup bulan selama 10 tahun. Namun analisis daripada lapisan teras-teras air batu mendapati letusan Hekla tidak menghasilkan begitu banyak debu.

Namun menurut Prof Sebastien, disebabkan jumlah letusan gunung berapi yang banyak seluruh dunia, mungkin terdapat letusan-letusan lain yang menyumbang kepada hilangnya bulan dari pandangan manusia di bumi. Ia juga berdasarkan teori Perubahan Cuaca Optimum Mediavel yang menjadi punca peningkatan suhu bumi ketika zaman pertengahan.

Letusan Gunung Berapi
FOTO | Letusan gunung berapi

Letusan Gunung Asama

Terdapat banyak rekod-rekod sejarah tentang letusan Gunung Asama yang berlaku dalam tahun 1108 untuk menganggarkan secara tepat tahap gegarannya. Bagaimanapun, jika teori Prof Sebastian betul, maka sukar dibayangkan bagaimana kuatnya gegaran dan letusan berkenaan sampai boleh menyebabkan begitu banyak debu sehingga boleh menutup bulan selama 10 tahun.

Letusan kali pertama dicatatkan berlaku di Gunung Asama adalah pada tahun 1108, dan ia dikatakan letusan paling besar pada era selepas masehi. Letusan Asama seterusnya berlaku dalam tahun 1783, hampir 700 tahun kemudian dikatakan 3 kali ganda lebih lemah berbanding letupan pertama.

Sejak dari peristiwa itu, letusan lebih kerap berlaku namun dalam masa yang sama ia lebih lemah (tidak pernah mencapai kekuatan 5 letusan pertamanya).

Dalam tempoh 1,000 tahun lalu, Gunung Asama telah meletus hampir lapan puluh kali, tanpa mengambil kira spekulasi letusan-letusan sebelum tahun 1108. Kali terakhir letusan berlaku pada tahun 2019 dengan zon berbahaya sejauh empat kilometer (2.5 batu). Jika kita bandingkan letupan ini daripada tahun 1108, zon berbahaya ketika itu adalah sejauh 145 km (90 batu).

Dalam tahun 1120, awna debu yang terhasil daripada letusan berkenaan telah pudar secara perlahan-lahan, sebelum bulan muncul kembali di langit.  Bertahun-tahun lamanya manusia menyangka bulan telah hilang, namun sebenarnya ia hanya tersembunyi di sebalik debu gunung berapi.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan