Sejarah pelitup muka dicipta oleh Dr Wu Lien-teh dari Malaysia

HARI ini seluruh dunia memakai pelitup muka susulan penularan virus Covid-19 yang telah mengorbankan lebih 2.5 juta nyawa manusia. Banyak negara-negara telah mewajibkan pemakaian pelitup muka, termasuk di negara kita Malaysia. 

$ads={2}
Jika anda gagal mematuhi SOP, pemakaian pelitup muka, bersiap sedialah untuk disaman sekurang-kurangnya RM1,000 oleh pihak berkuasa. Lebih malang, kini kerajaan telah menaikan kadar saman kepada RM10,000 bagi individu melanggar SOP.

Siapa Dr Wu Lien-teh?

Namun tahukah anda bahawa individu pertama mencipta pelitup muka adalah seorang doktor dari Malaysia bernama Wu Lien-teh. Dia dilahirkan dari pasangan warga asing cina di Pulau Pinang pada 10 Mac 1879, sebelum menjadi bangsa Cina pertama memperolehi ijazah perubatan dari University of Cambridge.

Wu Lien-ten pencipta pelitup muka

Wu Lien-teh dikenali sebagai seorang doktor yang gemar mencari pembaharuan dalam bidang perubatan. Pada tahun 1935, Dr Wu Lien-teh muncul sebagai rakyat Malaysia pertama dicalonkan untuk menerima anugerah nobel.

Ketika itu Wu Lien-teh dicalonkan untuk menerima anugerah berprestij bidang fisiologi dan perubatan susulan hasil usahanya di dalam mengawal wabak pneumonia.

Dr Wu Lien-teh cipta pelitup muka

Wu Lien-teh melakukan tugasan di negara China, selepas dilantik untuk menyiasat sejenis epidemic misteri ketika itu, yang telah merebak di bahagian barat laut China. 

Ketika itulah Dr Wu Lien-teh telah mencipta dan mengeluarkan sejenis penutup muka khas untuk pembedahan diperbuat daripada kain kasa dan cotton dengan penambahan beberapa lapisan bagi tujuan menapis pernafasan.

Dr Wu Lien-teh turut menasihatkan orang ramai untuk memakai ciptaan terbarunya itu, dan bekerjasama dengan kerajaan bagi membangunkan hospital, pusat-pusat kuarantin, sekatan perjalanan, dan memperkenalkan teknik pembasmian kuman yang lebih progresif.

Doktor pertama lakukan bedah siasat di China

Pada 19 Disember 1910, kerajaan China telah mengarahkan Wu Lien-teh untuk mengetuai petugas perubatan di kawasan-kawasan yang terjejas dengan wabak.

Menjelang Perayaan Tahun Baru Cina ketika itu, terdapat kebimbangan tentang risiko penyebaran epidemik susulan ramai individu dari kawasan terjejas wabak ingin pulang ke kampung halaman mereka dari pelbagai daerah.

Lima hari kemudian, Dr Wu Lien-teh tiba bersama pembantunya di Harbin, China. Namun dia mengalami kesukaran untuk menjalankan bedah siasat terhadap mangsa-mangsa wabak, ini kerana prosedur tersebut secara amnya tidak diterima oleh masyarakat di negara China pada waktu itu. 

Namun secara kebetulan pada hari ketiga selepas ketibaannya, dia mendapat tahu seorang wanita Jepun isteri kepada salah seorang penduduk tempatan telah mati akibat wabak misteri berkenaan sehari sebelum itu.

Maka Dr Wu Lien-teh mengambil kesempatan untuk menjalankan bedah siasat terhadap mayat wanita tersebut. Itulah kali pertama prosedur bedah siasat terhadap mayat pernah dijalankan di China.

Tugu Wu Lien-teh
FOTO | Tugu Dr Wu Lien-teh di depan Penang Institute, Pulau Pinang

Hasil bedah siasat itu, Dr Wu Lien-teh mendapati bakteria basillus yang telah diasingkan dan dikultur oleh pengkaji bakteria dilihat mirip kepada Bacillus pestis yang pernah ditemui dalam wabak bubonik sebelum ini. Namun strain bakteria ditemui di Harbin adalah jenis yang sangat berbahaya dan begitu cepat membiak.

Peranan Wu Lien-teh di dalam menangani Wabak Manchuria

Pada 11 Januari seorang Profesor perubatan dari Kolej Perubatan Peiyang di Tientsin telah meninggal dunia akibat jangkitan wabak. Doktor berbangsa Perancis itu yang hanya dikenali sebagai Dr Mensny telah tiba beberapa hari sebelum itu dengan niat untuk menggantikan tempat Dr Wu Lien-teh bagi mengetuai pasukan pembedahan. 

Namun dia telah melawat sebuah hospital tanpa memakai topeng perlindungan muka. Berita tentang kematian salah seorang kakitangan perubatan itu telah mencetuskan rasa cemas di Harbin, namun hikmahnya ia telah mendorong Kerajaan China dan negara asing untuk mengambil tindakan lebih serius.

Ketika itu Dr Wu Lien-teh telah menasihatkan kerajaan supaya mengenakan sekatan pergerakan penduduk, dia juga telah mengarahkan mangsa mangsa wabak untuk dihantar ke hospital, rumah kediaman mereka juga perlu menjalani pembasmian kuman dan dilarang bersentuhan dengan orang lain.

Orang ramai ketika itu dinasihatkan untuk memakai pelitup muka. Sebuah hospital baru khas untuk merawat pesakit berkaitan wabak turut dibina, manakala hospital lama telah dibakar dan dimusnahkan.

Kerajaan China ketika itu telah mengerahkan doktor-doktor sukarela dan seramai 1200 orang tentera bagi memantau pergerakan orang ramai, terutama di stesen-stesen keretapi, di mana terdapat ramai individu-individu degil cuba meninggalkan bandar.

Sejumlah 600 anggota polis juga turut dikerahkan untuk membantu pencarian pesakit wabak dari rumah ke rumah. Ingat berkuasa Rusia pula telah meminjamkan sebanyak 120 buah kenderaan bagi mengangkut para pesakit.

Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan, kadar kematian terus meningkat. Semua pesakit yang dijangkiti akhirnya mati, dan wilayah Fuchiatien telah kehilangan suku daripada penduduknya.

Lewat bulan Januari 1911, Dr Wu Lien-teh begitu sedih apabila mendapat tahu lebih 2,000 mayat yang tidak ditanam. Ketika itu musim sejuk, keadaan tanah membeku dan keras. Apa yang menjadi kebimbangan ialah, apabila datang musim panas, mayat-mayat berkenaan mungkin mendedahkan orang ramai kepada masalah kesihatan lebih serius.

Tikus-tikus berkeliaran di antara mayat-mayat itu juga boleh menyebabkan penyakit. Justeru Wu Lien-teh telah mengarahkan supaya mayat-mayat itu dibakar. Namun masyarakat Cina pada ketika itu melihat tindakan itu sebagai satu penghinaan.

Bagi mengatasi masalah ini, Dr Wu Lien-teh telah mengarahkan wakil pihak perubatan untuk melawat tapak-tapak pengebumian mayat bagi menjelaskan kepada mereka tentang ancaman kesihatan jika perkara itu tidak dilakukan.

Dr Wu turut menghantar satu memorandum kepada Maharaja China. Tiga hari kemudian utusan titah diraja membenarkan pembakaran mayat itu telah tiba. Mayat-mayat yang sebelum ini telah ditanam juga digali semula, dan dibakar. 

Akhirnya kadar kematian mula menurun dan wabak berkenaan semakin berkurang. Kes terakhir wabak itu dicatatkan pada 1 Mac 1911 selepas mengganas selama sekitar tujuh bulan.

Dr Wu Lien-teh telah berjaya membantu menamatkan pendemik, dikenali sebagai Wabak Manchuria itu, dalam bulan April 1911, hanya selama empat bulan selepas menerima tanggung jawab bagi menangani wabak itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan